BEKAM & DIABETES : Pengurusan Diabets Melalui Bekam
Dr Azrinaz
6/17/20251 min read


Semalam ada satu pesakit yang paras gulanya tinggi. Bacaan pre-treatment untuk RBS adalah 21 mmol/l. Selepas rawatan bacaan post-treatment adalah 17 mmol/l.
Kemungkinan paras gula selepas bekam lebih rendah dari itu kerana selepas rawatan bekam biasanya saya akan berikan madu tualang liar sebagai refreshment.
Ini beberapa pandangan tentang bekam dan diabetis.
Dalam diabetes jenis 2, insulin yang dihasilkan berkurangan atau sel tubuh tidak sensitif dengan kehadiran insulin (insulin resistance) atau kedua-dua nya.
Apabila keadaan seperti ini berlaku ia akan menyebabkan lebih banyak gula berkumpul dan secara perlahan (kronik) menimbulkan gejala penyakit.
Bagaimana bekam boleh membantu menurunkan paras gula pada pesakit diabetis dan mengawal komplikasi jangka panjang ?
Pertama, kesan hipoksia sementara daripada sedutan bekam pertama merangsang sel-sel melepaskan faktor pertumbuhan(VEGF) untuk membentuk pembuluh darah baru (angiogenesis) di bahagian tisu yang terlibat.
Dengan terbentuk pembuluh darah baru ini lebih banyak gula, oksigen, protein dan lain-lain boleh digunakan untuk keperluan tenaga, pemulihan tisu-tisu yang rosak dan merangsang kepada peningkatan tahap kesihatan sel.
Kedua, tusukan jarum atau sayatan pisau menyebabkan terjadinya luka pada kulit dan kerosakan pada tisu. Mekanisma penyembuhan luka akan dirangsang. Kesannya, fibroblast mengalami proliferasi(penggandaan) sekaligus berlaku penghasilan lebih banyak kolagen dan elastin bagi membina semula struktur tisu yang rosak.
Ini menjadikan sel atau tisu kembali sihat dan berfungsi secara normal di mana akhirnya insulin akan lebih mudah dikenalpasti dan gula boleh diterima semula oleh sel. Itu boleh membantu meringankan isu insulin resistance.
Pengurusan diabetis ini merangkum banyak hal. Saya beri pandangan dari sudut terapi bekam. Perkongsian tentang dilema bekam dan diabetis ada saya kongsikan juga dalam posting sebelum ini.
Contacts
13A-1 Blok A, Pusat Perniagaan The Atmosphere,Jalan Atmosphere 2, Pusat Bandar Putra Permai,43300 Seri Kembangan, Selangor.
+60162702024
DR HIJAMA
Pusat rawatan bekam berkonsepkan ‘MODERN SPA CLINICAL’ yang memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan dan mengutamakan kebersihan dalam perawatan.
