BEKAM & URUTAN : Gabungan Antara Bekam & Urutan

Dr Azrinaz

6/17/20251 min read

Bekam dan urutan dapat melancarkan peredaran darah dan sistem limfatik bagi meningkatkan prestasi tubuh ke tahap yang optimum. Lebih baik lagi digabungkan dengan aktiviti fizikal dan aturan makan yang baik.

Tubuh yang tidak banyak melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal boleh menyebabkan peredaran darah dan sistem limfatik menjadi lambat dan terganggu, contohnya seperti duduk statik berjam-jam lamanya di depan komputer.. Apatah lagi jika sampai bertahun-tahun.

Peredaran darah dan limfatik yang bermasalah akan membuatkan tubuh mudah berasa lesu, kebas-kebas anggota, lemah sistem pertahanan badan dan mengalami sengal-sengal pada bahagian tubuh.

Antara masalah yang paling popular adalah penyakit kardiovaskular, sakit tengkuk, sakit pinggang dan seterusnya membawa kepada pelbagai masalah.

Terapi bekam dan urutan yang dilakukan secara berjadual dapat membantu melancarkan darah dan sistem limfatik pada seluruh tubuh, sekaligus memperbaiki aliran darah pada bahagian yang bermasalah.